KUANTAN, 14 Sept 2012 – Pejabat Latih Pangkalan Udara Kuantan telah menganjurkan Senamrobik bertempat di Padang Polo yang turut dihadiri oleh Pegawai Laksana Pangkalan Lt Kol Tong Veng Leong TUDM, pegawai kanan serta seluruh warga pangkalan. Acara seperti ini dapat mengeratkan talian silaturrahim dikalangan anggota melalui sukan dan menanamkan sikap berpasukan disamping itu dapat mencergaskan fizikal.


