10 Jul 12 : Sekitar Aktiviti Eksesais TEAK MINT 12/01

Aktiviti- aktiviti yang dilaksanakan sepanjang Exercise Teak Mint 12/01.

 

1.         CUB (Commander Update Brief) -  Diadakan pada setiap pagi jam 1000H.  Ianya bertujuan untuk menggambarkan tentang keadaan terkini setiap operasi yang telah dan sedang berlangsung.

2.            PARAJUMP      –       Latihan terjun payung telah diadakan pada sebelah pagi, tengahari, petang dan malam. Bagi latihan sebelah malam, ianya bergantung  kepada keadaan cuaca dan  perancangan terpaksa dibatalkan jika cuaca hujan lebat.

3.           KOMUNIKASI -   Kelas Komunikasi telah dijalankan pada jam 0900H hingga 1700H. Fasilitator adalah dari pihak USAF Comms dan peserta terdiri daripada anggota STTT, GBAD dan PASKAU iaitu seramai 20 orang. Taklimat serta penerangan yang disampaikan sedikit sebanyak dapat memberikan pendedahan dan pengetahuan yang berguna kepada semua peserta. Selain dari itu pendedahan yang disusuli dengan latihan secara praktikal dapat menambahkan lagi pemahaman dan pengoperasian peralatan seperti radio HF dan juga UVHF dari jenama HARRIS.

4.            SURVIVAL  -    Fasa pertama adalah taklimat kepada semua peserta survival.  Fasa kedua peserta didedahkan dengan latihan hutan dan cara cara memasang khemah dan seterusnya diajar membuat perangkap, cara menghidupkan api dan segalanya tentang hutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>