Pesawat TUDM DA90 (FALCON) Terkandas

SIARAN MEDIA 43/10

Tentera Udara Diraja Malaysia ingin memaklumkan telah berlaku insiden melibatkan pesawat TUDM.

Kejadian ini berlaku di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu melibatkan pesawat DA90 (Falcon) dari No 2 Skuadron yang sedang menjalani latihan penerbangan. Kejadian berpunca dari tayar yang pecah ketika pesawat sedang melakukan pendaratan pada jam 10.25 pagi. Juruterbang telah bertindak pantas memberhentikan pesawat seterusnya mengelakkan sebarang kerosakan lain. Akibat dari itu, landasan telah ditutup sehingga jam 1.00 petang.

Tim Teknikal yang tiba di lokasi kejadian telah berjaya menukar tayar tersebut dan pesawat akan diterbangkan kembali ke Pangkalan Udara Subang.

_________________________________________________________

KUALA LUMPUR

22 Sep 2010