LABUAN – Seramai 16 anggota pelbagai pangkat Markas No 2 Div Udara telah berjaya menyiapkan galeri SMK Labuan yang dibina di perkarangan sekolah itu dalam tempoh 2 hari melalui projek Jiwa Murni anjuran pihak markas. Galeri berukuran 20 lebar dan 16 kaki panjang itu adalah untuk menyimpan koleksi piala dan cendera kenangan sekolah berkenaan. Pegawai Penyelaras bagi projek ini ialah Mej Karpal Singh a/l Dalips Singh. Projek ini julung-julung kalinya diadakan adalah bertujuan untuk memupuk semangat setiakawan dan kerjasama di kalangan anggota TUDM bersama masyarakat. Hadir sama menyaksikan kerja-kerja pembinaan galeri itu ialah Ketua Bahagian Operasi Markas, Leftenan Kolonel Nordin bin Othman TUDM.

