20 – 26 Jun 12 : Ujian Penerbangan Pesawat A400M Oleh Timbalan Panglima Tentera Udara

TOULOUSE – Timbalan Panglima Tentera Udara dan Delegasi Kerajaan Malaysia yang terdiri daripada daripada pegawai-pegawai kanan dari TUDM, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan telah berpeluang menghadiri mesyuarat A400M Executive Reporting Meeting (ERM) ke-18 bermula pada 20hb Jun 2012 sehingga 26hb Jun 2012.

Salah satu agenda mesyuarat ERM pada kali ini adalah ujian penerbangan di mana Timbalan Panglima Tentera Udara telah diberi peluang untuk melaksanakan sesi ujian penerbangan tersebut. Sesi ujian penerbangan yang dilaksanakan selama dua setengah jam ini adalah bertujuan bagi menilai kemampuan pesawat A400M dari sudut handling quality, performance dan system capability check yang mana ianya telah diawasi oleh Mr Edward Strongman iaitu Ketua Juruterbang Penguji AMSL

Secara keseluruhannya sesi ujian penerbangan tersebut telah memberikan pengalaman baru kepada juruterbang TUDM di dalam memahami konsep pengendalian pesawat generasi terkini yang menggunakan teknologi Fly by Wire (FBW). Sepanjang penerbangan tersebut, beberapa siri latihan udara seperti Take Off and Landing, Low Level Flight, Low Speed Handling, Single Engine Inoperative, Instrument Approach dan lain-lain lagi telah dilaksanakan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>