Rumah Terbuka Pangkalan Udara Kuantan Bersama KDYMM Tuanku Sultan Pahang

KUANTAN – Pangkalan Udara Kuantan telah mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama Kolonel Yang di-Pertua TUDM, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ ayatuddin Al-Mu’adzam Shah bersama warga TUDM serta keluarga. Majlis tersebut yang telah diadakan di Hangar No 6 Skn. Majlis turut dihadiri oleh DYMM Sultanah Pahang,  Sultanah Hajjah Kalsom, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Azizan Bin Ariffin TUDM, Timbalan Panglima Tentera Udara dan Pegawai-Pegawai Kanan TUDM serta Ketua-Ketua Jabatan Awam Negeri Pahang.