Satu program derma darah bersempena dengan HUT TUDM kali yang ke 54 telah diadakan di Auditorium Pancaragam Pusat TUDM, Pangkalan Udara Kuala Lumpur pada 21 Jun 2012 bermula jam 0830H.
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga TUDM yang berkhidmat khususnya di Lembah Klang. Program ini adalah anjuran Markas Tentera Udara dengan kerjasama Markas Operasi Udara, warga Pangkalan Udara Kuala Lumpur dan juga warga PLPL. Ianya telah diselia sepenuhnya oleh Lt Kol Dr Zulkifly bin Hj Mohammad, Pakar Perubatan Penerbangan 814 RSAT dengan bantuan pegawai dan setaf Institut Perubatan Penerbangan (IPP) dan RSAT Pangkalan Udara Kuala Lumpur dengan kerjasama 2 orang doktor dan 18 anggota dari Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Program ini telah dihadiri oleh Komander Pangkalan Udara Kuala Lumpur, Kol Zulkarnain bin Ahmad TUDM. Beliau telah menyampaikan goodies kepada anggota-anggota yang menderma darah.





