SUBANG – Pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang membantu membawa rakyat Malaysia dari Tunisia ke Lapangan Terbang Pratica DiMare, Rome Italy telah selamat tiba di Pangkalan Udara Subang pada 2 Mac 2011 jam 8.36 pagi. Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah menyambut ketibaan Pesawat C-130 tersebut di Pangkalan Udara Subang.
