Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan

Kuala Lumpur – 14 April 09. Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi hadir ke Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan bertempat di Padang Kawad Kem Kementah. Perhimpunan berkenaan adalah yang pertama bagi beliau selaku Menteri Pertahanan yang baru. Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera, Panglima-panglima Perkhidmatan, pegawai-pegawai kanan serta kakitangan awam dan tentera Kementerian Pertahanan.