Perbarisan Persaraan Mej Jen Dato’ Che Yahaya Bin Idris TUDM

LABUAN – Satu perbarisan sempena persaraan Asisten Ketua Staf Perancangan Dan Pembangunan Markas Tentera Udara, Mej Jen Dato’ Che Yahaya bin Idris TUDM telah diadakan di Pangkalan Udara Labuan. Perbarisan telah disaksikan oleh Panglima Operasi Udara YBhg Lt Jen Dato’ Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM bersama seluruh warga PU Labuan. Selepas tamat perbarisan Mejar Jeneral Dato’ Che Yahaya TUDM telah diiringi untuk menaiki helikopter Nuri yang merupakan jentera terbang yang bersejarah buat beliau.