PENYERAHAN SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA BEKAS PEGAWAI WAREN TUDM YANG PERTAMA

Kuala Lumpur. 24 Sep 08 – Tentera Udara DiRaja Malaysia telah mengadakan kunjungan dan menyampaikan sumbangan hari Raya kepada bekas Pegawai Waren pertama di dalam TUDM, 700139 PW I (B) Abdul Maulod bin Ujang yang kini berumur 86 tahun. Wakil TUDM yang meyampaikan sumbangan adalah Kol Zulkafli bin Mohd Nor TUDM, Pengarah Perkhidmatan Markas Tentera Udara. Sumbangan tersebut telah di taja oleh Angkatan Tentera Malaysia, Puteri UMNO dan juga daripada Badan Kebajikan Tentera Udara (BAKAT Udara).