Pemeriksaan Tahunan Panglima Pendidikan Dan Latihan Udara Di Pusat Latihan Pentadbiran Dan Pengurusan

SUBANG – Pemeriksaan Tahunan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara telah diadakan di Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan pada 11 hingga 12 Jan 11. Tim pemeriksaan ini diketuai oleh Ketua Staf Markas Pendidikan Dan Latihan Udara, Kol Mustak Ahmad bin Miandad TUDM. Pemeriksaan yang dilaksanakan adalah merangkumi Unit ‘Core Business’, Kesiapsiagaan, Pengurusan Pejabat, Tatatertib dan Keselamatan. Hasil dari pemeriksaan tersebut, YBhg Mej Jen Dato’ Che Akmar bin Mohd Nor TUDM telah berpuashati dan mengharapkan Pusat Latihan Pentadbiran Dan Pengurusan terus mengekalkan kecermerlangannya sebagai Pusat Latihan yang berperanan mengendalikan kursus-kursus pentadbiran dan pengurusan.

oleh: Kapt Shuhaniff TUDM