KUALA LUMPUR – Satu-satunya Apit Kanan atau Pelibas acara sepak takraw TUDM iaitu 725458 LUK Mohd Hemi bin Ismail yang terpilih mewakili negara dan diberikan kepercayaan dalam acara sepak takraw di Temasya Sukan Asia Guangzhou, China. Beliau yang bertugas di PLPL dalam ketukangan Pembantu Tadbir mula berkhidmat dalam TUDM pada tahun 2005. Beliau bersama pasukan Sepak Takraw negara telah mengharumkan negara dengan menyumbangkan sebutir pingat Perak bagi acara berpasukan Sepak Takraw. Selain daripada itu, beliau juga telah memenangi beberapa kejohanan Sepak Takraw bersama pasukan ATM dan pasukan Kebangsaan di kejohanan dalam dan luar negara. Kejayaan beliau di peringkat antarabangsa ini sudah tentu akan menyuntik semangat anggota TUDM untuk berusaha dengan lebih gigih dalam kerjaya mahupun bidang sukan.
