KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Udara telah melakukan latihan menembak di lapang sasar Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Latihan tersebut diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran serta ketepatan menembak. Selain itu ia juga memerlukan tumpuan serta ketahanan fizikal. Turut sama membuat latihan penembak tersebut ialah, Panglima Operasi Udara, Panglima Markas Logistik Udara, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Asisten Ketua Staf Tadbir, Panglima Operasi dan Eksesais, serta pegawai-pegawai kanan yang lain.
