Mesyuarat Pemerintahan Panglima Tentera Udara

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Pemerintahan Panglima Tentera Udara telah diadakan di Mes Wira Angkasa Pangkalan Udara Subang. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Seri Rodzali bin Daud TUDM telah bermula seawal 8 pagi. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Roslan bin Saad TUDM. Selari dengan majlis tersebut diadakan juga Mesyuarat Jemaah Tertinggi BAKAT Udara yang telah diadakan di Rumah BAKAT TUDM.