Majlis Serah Terima Tugas KPOE

KUALA LUMPUR – Satu Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais telah diadakan di Bilik Mesyuarat Markas Operasi Udara, Tingkat 10, Wisma Pertahanan. Jawatan tersebut sebelum ini telah disandang oleh YBhg Brig Jen Dato’ Sabri bin Adam TUDM telah diserahkan kepada YBhg Brig Jen Jamal bin Abu Bakar TUDM. Majlis telah disaksikan oleh Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Roslan bin Saad TUDM serta para pegawai dari Markas Operasi Udara.