Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah membuat lawatan ke Pangkalan Udara Gong Kedak pada 26 Jun 2012 bagi menyempurnakan Majlis Serah Terima Pesawat M52-18 yang tamat pemeriksaan 200 jam dan juga penyerahan sijil Approved Maintenance Organization (AMO).
Majlis ini turut disertai oleh YBhg Brig Jen Dato’ Teoh Siang Chang TUDM, Director General Technical Airworthiness, YBhg Brig Jen Dato’ Ab. Razak bin Mohd Khairan TUDM, AKS Kejuruteraan, YBhg Brig Jen Mohd Fauzi bin Ahmad TUDM, Komander PU Gong Kedak, Kol Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Pegawai Memerintah No 11 Skn, YBhg Lt Jen Dato’ Seri Bashir bin Abu Bakar Bersara, Pengarah Eksekutif NADI, YBhg Kol Dato’ Mohamad Selamat bin Bakin Bersara, Ketua Pegawai Eksekutif ATSC dan pegawai kanan daripada PU Gong Kedak.






