Majlis Penutup Kursus Tim Pengiring Rapat

KUALA LUMPUR: Pada 20 Jun 12, bertempat di Markas Pangkalan Udara Kuala Lumpur telah berlangsungnya Majlis Penutup Kursus Tim Pengiring Rapat (Close Escort Team – CET). Kursus yang dianjurkan bermula pada 18 Mei hingga 20 Jun 12 ini merupakan langkah persediaan bagi penugasan CET semasa persidangan 9th Asean Air Chief Conference (AACC) yang akan berlangsung pada 10 hingga 13 Sep 12.

Penuntut kursus adalah terdiri daripada 41 anggota Pembantu Tahan yang dipilih daripada seluruh Skuadron Provos TUDM di Semenanjung Malaysia. Kursus tersebut telah dilaksanakan dengan kerjasama CPP Training and Services yang amat dikenali sebagai sebuah agensi yang melatih dan menyediakan anggota berkemahiran di dalam tugas kawalan rapat kepada individu-individu kenamaan.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh AKS Tadbir, YBhg Mej Jen Dato’ Mohd Noh bin Mohd Said TUDM.