MAJLIS PENUTUP KURSUS ASAS KOMANDO TUDM DAN PENGANUGERAHAN BERET KEHORMAT PASKAU KEPADA PTU

Banting – 23 Dis 09. Satu Majlis Penutup Kursus Asas Komando TUDM (PASKAU) siri 16/09 telah berlangsung di Batu Hampar Bukit Jugra, Banting Selangor. Seramai 3 orang pegawai dan 37 anggota lain-lain pangkat telah berjaya menamatkan kursus berkenaan yang bermula mulai 28 Sep 09 dan seterusnya melayakkan mereka dianugerahkan Beret Biru PASKAU. Pada majlis itu juga, turut diadakan satu upacara penganugerahan Beret Kehormat PASKAU kepada Panglima Tentera Udara YBhg Jen Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM.