Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TUDM

KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah menyempurnakan satu majlis pemakaian pangkat kepada Pegawai-pegawai Kanan TUDM. Majlis ini telah dimulakan dengan pemakaian pangkat Brig Jen Dato’ Che Yahaya bin Idris TUDM ke pangkat Mejar Jeneral TUDM mulai 20 Ogos 2010 memegang jawatan sebagai AKS Perancangan dan Pembangunan di Markas Tentera Udara.

Diikuti Brig Jen Dato’ Khairul Bakri bin Mustafa TUDM yang dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral TUDM mulai 11 Okt 2010 memegang jawatan Pengarah Operasi & Eksesais di Markas Operasi Udara.

Sementara itu, Kol Ab Razak bin Mohd Khairan TUDM pula telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Brigadier Jeneral TUDM mulai 17 Jul 2010. Manakala Kol Jamal bin Abu Bakar TUDM dan Kol Teoh Siang Chang TUDM dinaikkan pangkat ke Pemangku Brigadier Jeneral TUDM mulai 11 Okt 2010.

Pegawai-pegawai Kanan TUDM lain yang dinaikkan pangkat ke Pemangku Kolonel TUDM mulai 17 Jul 2010 adalah Lt Kol Mohd Asri bin Ismail TUDM, Lt Kol Ahmad Rafdzi bin Abu Rashid TUDM dan Lt Kol Hj Ahmad Zulkifle bin Mohd Zain TUDM.

Lt Kol Sardon bin Hassan TUDM dinaikkan pangkat ke pemangku Kolonel TUDM mulai 1 Sep 2010 dan memegang jawatan sebagai Komandan Pusat Latihan Pengaman Malaysia, Bahagian Operasi Latihan Pertahanan.

Lt Kol Abdul Razak bin Ahmad TUDM dinaikkan pangkat ke Pemangku Kolonel TUDM mulai 11 Okt 2010 .

Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan TUDM. Tahniah diucapkan kepada yang telah dinaikkan pangkat.