Satu Majlis Pemakaian Pangkat bagi Pegawai Kanan TUDM telah diadakan di Eagle Nest pada 15 Jun 2012. Majlis ini adalah bagi menyempurnakan pemakaian pangkat bagi Lt Kol Zahani bin Zainal Abidin TUDM kepada Kol TUDM bermula 8 Jun 2012. Majlis ini telah disempurnakan sendiri oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM.
Kol Zahani TUDM telah mula menyertai TUDM pada 19 Ogos 1986 dan telah ditauliahkan pada 30 Jul 1988. Beliau mula menyertai Kursus Asas Penerbangan di TUDM Alor Setar pada 8 Feb 1989. Antara jawatan penting yang pernah beliau sandang adalah PS 2 Pejuang di No 1 Div Udara, Ketua Operational Conversion Unit di No 18 Skn dan PS 1 Rancang Operasi di MOU-RANOP.
Antara kursus-kursus luar negara yang pernah beliau hadiri adalah Command and Staff College di Canberra, Australia dan Master of Defence Studies di University of Canberra, Australia. Selain itu, beliau juga mempunyai Diploma Management Defence Studies dari ACSC Australia, Master of Management Defence Studies dari University of Canberra, Australia dan juga Sarjana Sains Sosial Kajian Pertahanan dari MTAT.
Kol Zahani TUDM akan memegang jawatan Pengarah MOU-JKO di Markas Operasi Udara. Turut hadir menyaksikan majlis pemakaian pangkat tersebut ialah Pegawai-pegawai Kanan TUDM. Kami warga TUDM mengucapkan tahniah kepada Kol Zahani TUDM dan selamat bertugas di tempat baru.




