Kuala Lumpur – Majlis pelancaran Quotation Management System (QMS) telah dirasmikan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM bertempat di Dewan Banquet Mes Wira Angkasa Pangkalan Udara Kuala lumpur. Sistem QMS ini dilaksanakan oleh Markas Logistik Udara (MLU) bertujuan untuk meningkatkan kecekapan proses kerjanya bagi memberi dokongan logistik yang berkesan dan berkualiti kepada TUDM. Sistem QMS ini berasakan proses kerja semasa yang lebih memudahkan pembekal menyemak dan menghantar sebut harga (Quotation) secara dalam talian (On-Line) tanpa perlu hadir. QMS dibangunkan dengan mengunakan teknologi Web terkini dan menitikberatkan tahap keselamatan dengan mengunakan kata kunci. Pengunaan QMS akan dapat meningkatkan tahap keberkesanan MLU di dalam melaksanakan tanggunjawab dan perananya. Ianya juga dapat meningkatkan hubungan diantara MLU dan syarikat-syarikat yang dapat member faedah kepada kedua-dua pihak. Dalam majlis ini juga Panglima Tentera Udara turut menyampaikan sijil dan ‘User Manual’ QMS kepada syarikat pembekal.

