KUALA LUMPUR – YBhg Lt Jen Dato’ Roslan Bin Saad TUDM telah dilantik menyandang jawatan Timbalan Panglima Tentera Udara menggantikan Lt Jen Datuk Seri Bashir bin Hj Abu Bakar TUDM yang akan bersara. Majlis serah terima tugas jawatan Timbalan Panglima Tentera Udara berkenaan telah disaksikan oleh Panglima Tentera Udara di Bilik Eagle Nest, Tingkat 19, Wisma Pertahanan.
