KUALA LUMPUR – Yang Berbahagia Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Roslan bin Saad TUDM telah melakukan lawatan rasmi ke Jabatanarah Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (JTMK) pada 28 – 29 Dis 2010. Ini adalah lawatan julung kali bagi beliau sebagai TPTU ke JTMK. Beliau telah melawat bahagian-bahagian JTMK iaitu Pengurusan Teknologi Maklumat, Operasi, Aplikasi, Komunikasi, K3 dan P4 yang beroperasi di Bangunan TH Selborn. Beliau juga telah diberi taklimat mengenai aplikasi baru JTMK iaitu Airforcenet yang dalam peringkat percubaan. Airforcenet menyediakan kemudahan Office Automation seperti Portal, E-Hadir, Sistem Arkib, E-Mesyuarat dan E-Pandang.
