KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah mengadakan lawatan tahunan ke Pangkalan Udara Kuala Lumpur pada 3 Nov 2010. Dalam lawatan berkenaan, Panglima Tentera Udara berkesempatan membuat tinjauan keadaan serta kemudahan di Rumah Keluarga Desa Angkasa dan juga Pusat Pendidikan KAFA yang disediakan pihak pangkalan kepada anak-anak anggota TUDM. Akhir lawatan, Panglima Tentera Udara turut meluangkan masa dalam satu sesi perjumpaan dengan anggota-anggota TUDM di Wisma Ahli Udara.

