ALOR SETAR – Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Roslan bin Saad TUDM telah membuat lawatan kerja ke Kolej Tentera Udara yang disertai oleh Panglima Markas Pendidikan Latihan Udara (MPLU), Brig Jen Dato’ Che Akmar bin Mohd Nor TUDM, AKS Materiel, Brig Jen Dato’ Azizan bin Shaari TUDM dan beberapa pegawai lain. Semasa lawatan, delegasi Timbalan Panglima Tentera Udara telah menerima taklimat daripada Pegawai Memerintah di Bilik Mesyuarat Kolej Tentera Udara berkaitan dengan kejadian banjir yang telah melanda KTU Alor Setar baru-baru ini dan seterusnya membuat lawatan ke BFI, PULATIBANG 1, ILIT dan Hangar. Ybhg Panglima juga berkesempatan melihat kawasan sekitar ITAS iaitu kabin penginapan, Dewan Aero dan padang kawad yang terjejas akibat banjir.
