KUANTAN – Mesyuarat Program Management Review 8 yang diadakan di Hotel Hyaat Regency, Kuantan telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan, Dato’ Mohamad Khalid b Hj Sharif, YBhg Timbalan Panglima Tentera Udara Lt Jen Dato’ Roslan b Saad TUDM, AKS P&P Brig Jen Syed Salim b Syed Abu Bakar TUDM dan wakil-wakil daripada Kementerian Pertahanan serta TUDM. Seterusnya Timbalan Panglima Tentera Udara telah mengadakan lawatan kerja ke Skuadron 320 dan INSPRA bagi melihat sendiri perlaksanaan Projek SOC3 yang diadakan di Pangkalan Udara Kuantan.
