Lawatan Kerja Pengarah Bahagian Keselamatan Dan Ketenteraman Awam Ke Pangkalan Udara Kuantan

KUANTAN – Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Unit Perancangan Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri iaitu YBhg Tuan Hj Ab Alim b Zakariah bersama-sama peserta rombongan yang terdiri daripada beberapa pegawai kanan awam dari Kementerian Pertahanan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Penerbangan Awam dan MTU – P& P telah mengadakan tinjauan dan membuat penilaian ke atas Sistem Command & Control (C2) MARDIS di Skn 320. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memutuskan opsyen terbaik yang telah dicadangkan oleh Kementerian Pertahanan dalam mengatasi kelewatan pembangunan infrastruktur (Fasa 1) di Kota Samarahan di bawah pelaksanaan projek SOC 3. Penilaian dibuat bagi memastikan C2 MARDIS di SOC 2 perlu diganti dengan system C2 Sentry. Turut hadir semasa penilaian diadakan adalah Mej Jen Dato’ Che Yahya b Idris TUDM.