Lawatan Kerja Panglima Tentera Udara Ke Pangkalan Udara Labuan

LABUAN – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah mengadakan satu lawatan rasmi ke Pangkalan Udara Labuan. YBhg Panglima Tentera Udara telah mengunjungi No 14 Skuadron dan mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada 14 Skn TUDM kerana telah berjaya menjalankan misi Ops Piramid, Panglima Tentera Udara juga telah menyempurnakan perlancaran ‘Radome’ CTRM di 340 Skuadron Bukit Kubong, Labuan. Selepas majlis perlancaran terbabit, Satu Sesi Dialog bersama Pegawai dan LLP telah dijalankan di Dewan Banquet Wisma Perwira.