Lawatan Kerja Panglima Operasi Udara Ke Eksesais Air Thamal 22/2012

Panglima Operasi Udara dan pegawai kanan RMAF bersama pegawai kanan RTAF membuat lawatan ke Sekolah Kanak- Kanak Khas Panyanukul Muang, Korat. Panglima Operasi Udara telah sudi menyampaikan barang makanan kepada sekolah ini yang disumbangkan secara bersama oleh pihak RMAF dan RTAF.

Panglima Operasi Udara juga dibawa ke bilik taklimat di Wing 1 AFB Korat untuk taklimat ringkas sejarah Air Thamal dan fungsi-fungsi SQN  102 dan SQN 103 oleh pegawai- pegawai RTAF. Turut dilaksanakan adalah acara pertukaran cenderahati daripada kedua-dua negara.

Panglima Operasi Udara dan delegasi juga telah dibawa melawat ke Pusat Simulator F-16. Beliau di beri penerangan ringkas dan menyaksikan penerbangan simulator oleh pegawai RTAF.

Sebelum berakhir lawatan kerja tersebut, Panglima Operasi Udara serta delegasi telah dibawa melawat ke setiap bilik operasi RMAF dan RTAF di Bangunan Eksesais Air Thamal 22/ 2012. Beliau telah beramah mesra dan memberi kata-kata perangsang kepada pegawai dan anggota yang terlibat dalam eksesais ini. Lawatan kerja ini berakhir jam 1300G.