KUCHING – Panglima No 2 Divisyen Udara, Brig Jen Dato’ Sabri bin Adam TUDM telah membuat lawatan kerja ke Pangkalan Udara Kuching buat pertama kali selepas perlantikan beliau selaku Panglima No 2 Divisyen Udara yang baru. Turut mengiringi ialah Komander Pangkalan Udara Labuan, Ketua Bahagian Operasi Markas No 2 Divisyen Udara serta pegawai-pegawai kanan yang lain. Di sebelah petang pula, Panglima No 2 Divisyen Udara telah mengadakan dialog bersama pegawai-pegawai di Wisma Angkasanuri. Dalam sesi dialog yang dijalankan Panglima No 2 Divisyen Udara menekankan sikap profesionalisme serta budaya kerja yang cemerlang harus ada dalam diri setiap warga TUDM.

