LAWATAN KERJA PANGLIMA LOGISTIK UDARA KE MATRA 2

SUBANG - YBhg Mej Jen Dato’ Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan Brig Jen Dato’ Kamarulzaman bin Mohd Othman TUDM telah mengadakan lawatan kerja ke MATRA 2 pada 23 Ogos 2010. Lawatan turut diiringi oleh Ketua Staf Khidmat, Ketua Staf Sistem dan PS 1 Group B Markas Logistik Udara. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan gambaran fungsi, peranan dan tanggungjawab MATRA 2 sebagai depoh logistik kepada Brig Jen Dato’ Kamarulzaman bin Mohd Othman TUDM yang akan mengambil alih jawatan Panglima Logistik Udara.

Ketua MATRA 2, Mej Zainudin bin Sahak TUDM telah menyampaikan taklimat ringkas dan membawa rombongan lawatan meninjau persekitaran di dalam gudang MATRA 2. Disamping itu, satu demonstrasi pengeluaran alatan melalui sistem ASRS turut diadakan. YBhg Mej Jen Dato’ Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM turut menyampaikan ucapan terima kasihnya kepada semua pegawai dan staf MATRA 2 atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh beliau menjawat jawatan Panglima Logistik Udara.