Pekan – Ekspo Pendidikan Dan Kerjaya Pekan Fest 2008 telah diadakan pada 21 Ogos 2008 hingga 24 Ogos 2008 bertempat di Pekan Pahang. Ekspo ini disertai oleh pelbagai Institusi Pendidikan IPTA dan IPTS serta Agensi Perkerjaan. Bahagian Promosi dan Pengambilan ATM turut mengambil bahagian dalam Ekspo ini. Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pertahanan, Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah meluangkan masa melawat Ekspo ini pada 23 Ogos 2008.
