Kota Kinabalu. 31 Okt – Satu ekspedisi menawan Gunung Kinabalu telah anjurkan oleh Markas No 2 Divisyen Udara pada 29 hingga 31 Okt 09. Ekspedisi ini diketuai oleh Ketua Staf Markas No 2 Divisyen Udara iaitu Kol Nordin @ Norddin bin Hussain TUDM. Selain itu, para pendaki yang menyertai ekspedisi ini adalah seramai 30 orang. Seramai 18 daripada Markas No 2 Divisyen Udara, 11 pendaki daripada Pangkalan Udara Labuan dan 2 pendaki daripada PUKALUB Kota Kinabalu.
Kumpulan pendaki ini telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu setinggi 4095.2 meter pada 31 Nov 09. Pendakian ini juga telah dibahagikan kepada dua iaitu pendakian melalui Mesilau sejauh 10.5 km dan pendakian melalui Timpohon sejauh 8.5 km. Pihak Markas juga bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan dan kemalangan berlaku semasa ekspedisi dijalankan. Ekspedisi ini juga dianjurkan adalah bertujuan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal pendaki, memupuk semangat kerjasama di dalam satu pasukan serta melatih pendaki menjalani ibadah dan riadah dalam keadaan sukar dan mencabar. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan bagi Markas No 2 Divisyen Udara. Bagi tujuan ini, Markas ini akan menganjurkan lagi aktiviti mencabar seumpama ini bagi merealisasikan matlamat perkhidmatan serta semangat kesukanan kepada warga Markas ini.
