Hari Kedua Lawatan Kerja (22 Jun 2012)
Ketibaan PTU dan C-in-C RTAF di Wing 1 Club House bagi menyaksikan pertunjukkan Water Search and Rescue yang dilakukan secara bersama oleh pasukan khas daripada kedua-dua negara.
PTU dan C-in-C RTAF bergerak ke bangunan Dhupatemuya untuk Majlis Pemakaian Sayap Kehormat. Majlis telah disempurnakan oleh PTU dan C-in-C RTAF yang disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan daripada kedua-dua buah negara.
Pemakaian Sayap Kehormat TUDM telah dianugerahkan kepada:
- Air Marshal Araya Ngarampuan, Deputy Chief of the Air Staff for Intelligence
- Air Vice Marshal Johm Rungsawang, Director of Directorate of Operations.
- Air Vice Marshall Suttipong Inseeyong, Comander Air Command And Staff College
Pemakaian Sayap Kehormat RTAF telah dianugerahkan kepada:
- Mej Jen Dato Latip bin Ismail TUDM, Inspektorat Jeneral
- Brig Jen Shabre Bin Hussien TUDM, Komander PU Butterworth
- Kol Suri bin Daud TUDM, Pengarah RANEKS
Selepas acara Pemakaian Sayap Kehormat tersebut sesi fotografi telah dilaksanakan di Bangunan Dhupatemuya bersama pegawai-pegawai kanan yang telah menerima Sayap Kehormat dan semua pegawai kanan kedua-dua negara bersama PTU dan C-in-C RTAF.
Selepas itu pergerakkan PTU dan C-in-C RTAF ke Apron C Wing 1 Korat Air Base bagi menghadiri acara Majlis Penutupan Ex Air Thamal 22/2012. Acara Penutup telah dilakukan oleh C-in-C RTAF dan turut disaksikan oleh PTU.
PTU dan C-in-C RTAF serta semua pegawai kanan bagi kedua-dua negara telah mengambil gambar kenangan bersama semua peserta yang terlibat dalam Ex Air Thamal 22/2012.
PTU dan C-in-C RTAF telah mengambil tabik hormat semasa Farewell Ceremony sebelum berlepas balik ke Malaysia bersama pesawat C 130 H pada jam 1330G.







