9 Jul 12 : Kunjungan Hormat Penasihat Pertahanan Pakistan.

Kuala Lumpur – 9 Jul 12 – 0830 : Bertempat di Pejabat Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Roslan Bin Saad TUDM telah menerima Kunjungan Hormat daripada Penasihat Pertahanan Asing Pakistan iaitu Commodore Zahid Akram S.Bt yang akan menamatkan perkhidmatan beliau di pejabat Kedutaan Pakistan di Malaysia bersama bakal pengganti tempat beliau iaitu Commodore Syed Farrukh Mahmood.

Acara menandatangani buku lawatan dan juga bertukar – tukar cenderamata kenangan juga turut diadakan pada majlis tersebut.