8 Sep 12 : Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ATM dan PDRM Bersama Rakyat

KUALA LUMPUR, 8 Sep 12 – Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang julung kali diadakan. Seri Paduka berdua berangkat tiba pada jam 3.15 petang dan di anggarkan kira-kira 10,000 tetamu menghadiri majlis yang di adakan di Dataran Merdeka.

Turut hadir pada majlis itu, Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md Zain, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, panglima- panglima perkhidmatan tentera, pegawai- pegawai kanan ATM dan PDRM serta tetamu kenamaan yang lain. Pada majlis ini, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim, balu dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Rumah terbuka yang pertama kali diadakan oleh kedua- dua pasukan keselamatan ini adalah antara salah satu bentuk kerjasama yang dirancang melalui Strategi Lautan Biru yang diilhamkan oleh Perdana Menteri.

Majlis yang di adakan seperti ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama kedua- dua pihak di samping menunjukkan suasana aman dan harmoni di negara ini. Para tetamu yang hadir telah dihiburkan dengan lagu- lagu dan persembahan oleh pancaragam kedua- dua pasukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>