8 Nov 12 : Skn 103 Provos Menjuarai Pertandingan Jalan Lasak Provos 2012

Pemangku Panglima Operasi Udara, Mej Jen Dato’ Sabri bin Adam TUDM menyempurnakan Majlis Pelepasan Pertandingan Jalan Lasak Provos 2012

Salah satu kumpulan yang menyertai pertandingan

Acara menembak pistol merupakan salah satu syarat pertandingan

Panglima Tentera Udara menyampaikan Piala Pusingan dan hadiah kepada Johan pertandingan, Skn 103 Provos PU Kuantan

Juara Pertandingan Jalan Lasak Provos 2012 bergambar kenangan bersama Panglima Tentera Udara

KUANTAN, 8 Nov 12 – Pertandingan Jalan Lasak Provos 2012 yang julung kali diadakan telah berlangsung di Pangkalan Udara Kuantan bermula pada 7 Nov sehingga 8 Nov 12. Pertandingan yang melibatkan Skuadron Provos dalam perkhidmatan TUDM menyaksikan Skn 103, Pangkalan Udara Kuantan telah menjadi juara dalam pertandingan kali ini sekaligus merangkul piala pusingan Panglima Tentera Udara, piala, medal dan wang tunai RM1000. Skn Provos Pangkalan Udara Gong Kedak pula telah berjaya menjadi naib johan dan melayakkan mereka memperolehi piala, medal dan wang tunai sebanyak RM 800 manakala tempat ketiga pula jatuh kepada Skn 106 Provos Pangkalan Udara Labuan dimana mereka berjaya membawa pulang piala, medal dan wang tunai berjumlah RM 500.

Sebelum bergelar juara, peserta pertandingan terlebih dahulu diwajibkan untuk menamatkan cabaran sejauh 21 km bermula dari Sekolah Kebangsaan Panching, Kuantan dan berakhir di Padang Polo, Pangkalan Udara Kuantan. Selain daripada itu, para peserta juga dikehendaki menembak pistol di Lapang Sasar 25m, Terminal Peluru 1, Pangkalan Udara Kuantan sebelum menamatkan cabaran keseluruhan. Pemangku Panglima Operasi Udara iaitu YBhg Mej Jen Dato’ Sabri bin Adam TUDM selaku pegawai pelepas telah memulakan cabaran tepat jam 12 tengah malam.

Majlis penutup pula telah disempurnakan oleh YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM, Panglima Tentera Udara. Mengisi aturcara majlis penutup Pertandingan Jalan Lasak Provos 2012 pada kali ini ialah pertandingan  menembak pistol yang telah dimenangi oleh AKS Tadbir, YBhg Mej Jen Dato’ Mohd Noh bin  Said TUDM.

 

//