6 Ogos 12 : Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan Bersama Warga Kementerian Pertahanan

6 Ogos 12, KUALA LUMPUR – Sempena 17 Ramadhan 1433H, satu Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan Bersama Warga Kementerian Pertahanan telah diadakan bertempat di Masjid Khalid Al-Walid. Ketibaan Menteri Pertahanan YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi telah disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Laut, Timbalan Panglima Tentera Udara dan Pegawai- Pegawai Kanan dari ketiga- tiga perkhidmatan. Majlis yang dimulakan dengan berbuka puasa di teruskan dengan Solat Maghrib, makan malam dan di akhiri dengan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih.Para pegawai, anggota tentera dan kakitangan awam dari ketiga- tiga perkhidmatan yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan turut bersama- sama hadir dalam majlis ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>