KUALA LUMPUR, 5 Sep 12 – Panglima Operasi Udara YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menerima kunjungan hormat DA Perancis Captain Pierre Delbrel bertempat di Pejabat Panglima Operasi Udara. Pada masa yang sama, beliau juga memperkenalkan Penolong DA Perancis yang baru, Lt Col Sebastian Duzert. Panglima Operasi Udara dan DA Perancis juga berkesempatan berbincang mengenai pesawat EC725 yang bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi.




