4 Sep 12 : Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Dan Perasmian Lagu ITU, Video Korporat ITU Oleh Panglima Tentera Udara

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri  turut diadakan sempena kehadiran Panglima Tentera Udara ke Institut Latihan Udara (ITU), Ipoh. Di samping majlis tersebut, Panglima Tentera Udara turut merasmikan lagu dan video korporat ITU disaksikan tetamu jemputan, warga ITU, Ahli BAKAT ITU dan juga Perajurit Muda.

Lagu Cergas Berdisiplin dicipta untuk melahirkan warga ITU yang berketerampilan sejajar dengan moto yang diilhamkan oleh YBhg Kol Ahmad bin Abd Rahman TUDM sebagai Komandan iaitu Integrity, LoyatyTrust dan Uniformity. Pelaksanaan senikata lagu ini melambangkan konsep semangat jati diri yang wajib dimiliki oleh setiap warga ITU. Lagu hasil ciptaan Sjn U Azahar bin Mohd Kalimuddin (Pancaragam) akan berkumandang ketika perbarisan pagi setiap hari.

Video Korporat ITU telah diilhamkan oleh Komandan ITU, YBhg Kol Ahmad bin Abd Rahman TUDM. Idea ini tercetus bagi memastikan ITU dapat di kenali dengan lebih mudah melalui teknologi maklumat sejajar dengan peredaran semasa. Video yang telah dihasilkan oleh Cawang Pendidikan ITU, merangkumi sejarah, aspek latihan, pentadbiran serta kemudahan infrastruktur yang terdapat di ITU.

Panglima Tentera Udara dan rombongan telah bergerak pulang dari ITU pada jam 3 petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>