3 Ogos 12 : Majlis Berbuka Puasa PU Kuching Bersama Timbalan Panglima Tentera Udara

KUCHING, 3 Ogos 12 – Bertempat di Wisma Ahli Udara PU Kuching, satu majlis berbuka puasa bersama Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Roslan bin Saad TUDM dan isteri, Datin Khairani binti Mohd Zain telah diadakan.  Turut hadir pada majlis tersebut rombongan bersama TPTU, YBhg Mej Jen Dato’ Azizan bin Shaari TUDM dan isteri, Datin Rogaiyah binti Hj Abd Samad serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM.  Hadir sama pada majlis tersebut Komander Pangkalan PU Kuching dan Pengarah Wekajaya Sdn Bhd dan isteri.  Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada balu, Ibu tunggal, saudara baru, anak-anak yatim, anak-anak istimewa dan pesakit-pesakit kronik.  Sumbangan tersebut disumbangkan oleh MTU-Kebajikan PU Kuching dan Wekajaya Sdn Bhd.  Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh YBhg Lt Jen Dato’ Roslan bin Saad TUDM dan isteri, Datin Khairani binti Mohd  Zain.  Selesai majlis, Timbalan Panglima Tentera Udara serta rombongan dan warga PU Kuching menunaikan solat Isyak dan solat sunat terawih di Surau Pangkalan.  Timbalan Panglima Tentera Udara berkesempatan beramah mesra dengan warga PU Kuching sebelum meninggalkan majlis pada jam 2230.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>