Kemaskini Terakhir: Ahad,7 Feb 2016
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

BERITA UTAMA

Upacara Pemakaian Pa…

Upacara Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TUDM

KUALA LUMPUR, 5 Feb 16 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan bin Saad TUDM t... Baca Selanjutnya

Program Ceramah Dwi …

Program Ceramah Dwi Bulanan Peringkat MTU/MPOU Tahun 2016

KUALA LUMPUR, 5 Feb 16 – Pejabat Agama MTU/MPOU telah menganjurkan Program Ceramah Dwi Bulanan di ... Baca Selanjutnya

Seminar Kewangan Peg…

Seminar Kewangan Pegawai Kanan TUDM

SUBANG, 29 Jan 16 – Seminar Kewangan Pegawai Kanan TUDM Siri 1/2016 anjuran MTU-Materiel (Belanjaw... Baca Selanjutnya

Kunjungan Hormat Amb…

Kunjungan Hormat Ambassador Of Brazil Ke Atas Panglima Tentera Udara

KUALA LUMPUR, 3 Feb 16 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan bin Saad TUDM t... Baca Selanjutnya

Panglima Tentera Uda…

Panglima Tentera Udara Terima Kunjungan Timbalan Panglima Tentera Laut

KUALA LUMPUR, 26 Jan 16 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan bin Saad TUDM telah... Baca Selanjutnya

BERITA DARI PANGKALAN

Error: No articles to display

BERITA DARI PUSAT LATIHAN

  • 1
  • 2

Majlis Pembukaan P…

Majlis Pembukaan Program Kursus Induksi Ahli-ahli Baru Wisma Bintara (WISBIN) Kolej Siri 01/16

ALOR SETAR, 26 Jan 16 - Wisma Bintara Kolej Tentera Udara telah mengada... Baca Selanjutnya

Perbarisan Komanda…

Perbarisan Komandan Kolej Tentera Udara

ALOR SETAR,20 Jan 16 - Perbarisan Bulanan Komandan Kolej Tentera Udara ... Baca Selanjutnya

Latihan Kebakaran …

Latihan Kebakaran ITU Ipoh

IPOH, 20 Jan 16 - PS 3 Bomba MPOU,Kapt Mohd Farid bin Abu Samah TUDM dan ... Baca Selanjutnya

Majlis Pembukaan K…

Majlis Pembukaan Kursus

KINRARA, 8 Jan16 –Majlis pembukaan bagi Kursus Pengenalan Sistem Materiel... Baca Selanjutnya

INFORMASI TERKINI

Peluang keemasan kepada belia negara untuk menjadi salah seorang warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui kemasukan sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan....
Peluang keemasan kepada belia negara untuk menjadi salah seorang warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui kemasukan sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan....
Peluang keemasan kepada belia negara untuk menjadi salah seorang warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui kemasukan sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan....

Pangkalan Udara Gong Kedak

Pangkalan Udara (PU) Gong Kedak ini merupakan sebuah pangkalan yang unik kerana lokasinya yang terletak di dalam dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu. Keluasan keseluruhan pangkalan adalah 3,581.54 ekar di mana 2,827.14 ekar (78.9%) berada di dalam negeri Kelantan manakala 754.40 ekar (21.1%) berada di dalam negeri Terengganu. Panjang pagar perimeter pangkalan adalah 21.6 kilometer.

Secara amnya pangkalan ini terletak lebih kurang 10 km ke Bandar Jerteh dan 12 km ke pekan Besut. Ianya juga dihubungkan ke bandar Pasir Puteh melalui jalan belakang pangkalan sejauh lebih kurang 16 km. Kawasan pangkalan ini dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Kompleks Gong Kedak (kawasan teknikal) dan Kompleks Bukit Peteri (kawasan domestik). Pembahagian kawasan inin dipisahkan oleh jalan raya Jerteh – Kuala Besut.

SEJARAH

Landasan Kapal Terbang Gong Kedak telah wujud sebelum Perang Dunia Ke Dua lagi. Pada awal tahun 60an, landasan ini masih lagi digunakan oleh pihak Tentera Udara British untuk sesi latihan dan seterusnya pada tahun 70an sehingga 1989, landasan kapal terbang ini digunakan oleh ATM sebagai kawasan latihan khusunya latihan payung terjun.

Di dalam pembesaran dan memperkasakan lagi pertahanan negara khususnya TUDM, kerajaan telah mengambil keputusan membangunkan PU Gong Kedak. Bagi tujuan ini kerajaan telah memulakan proses pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan PU Gong Kedak ini telah bermula pada tahun 1981. Proses ini dijalankan oleh Pejabat Tanah Pasir Puteh.

Pada tahun 1993, Skuadron 321 unit radar pertahanan ruang udara telah ditubuhkan dan beroperasian di pangkalan ini yang sebelumnya dikenali sebagai TUDM Bukit Peteri. Sejajar dengan dasar permodenan ATM, pada tahun 1995, projek pembangunan PU Gong Kedak telah diluluskan. Seterusnya PU Gong Kedak telah ditubuhkan pada 13 feb 1998 dan mula beroperasi pada bulan November 1998 dengan menggunakan Waran Perjawatan: AT/5109/98 bertarikh 20 Mei 1998. Semasa penubuhannya PU Gong Kedak mempunyai perjawatan seramai 423 orang anggota bersesuaian dengan peranannya sebagai sebuah pangkalan logistik dan teknikal kepada Skn 321 Bukit Peteri.

Pada akhir tahun 2001, Pusat Latihan Terbang (PLTB) 3 telah berpindah dari PU Kuantan ke pangkalan ini. Skuadron ini telah mula beroperasi menggunakan lapan buah pesawat PC 7 MK 11 dan empat buah PC 7. Ini menjadikan pangkalan ini mempunyai dua unit lojer iaitu Skn 321 Bukit Peteri dan PLBT 3.

Setelah kerajaan Malaysia memutuskan untuk membeli 18 buah pesawat Sukhoi SU-30 MKM dari negara Russia dan telah memutuskan pesawat ini ditempatkan di PU Gong Kedak. PLTB 3 telah dipindahkan ke Kolej Tentera Udara Alor Setar pada awal bulan Apr 2004. Ini bagi membolehkan kerja-kerja pembangunan prasarana projek penempatan pesawat Sukhoi SU-30 MKM dapat dijalankan dengan lancar, rombakan organisasi PU Gong Kedak juga telah dilaksanakan untuk memenuhi keperluan bagi mendokong peranan baru yang dilaksanakan oleh PU Gong Kedak. Pangkalan ini akan dijadikan sebagai Pangkalan Operasi Hadapan (Forward Operation Base, FOB).

Sebagai sebuah FOB, PU Gong Kedak memainkan peranannya tersendiri iaitu memberi khidmat bantuan operasi dalam aspek logistik, pentadbiran dan keselamatan kepada pasukan-pasukan Darat, Laut dan Udara yang memerlukannya. Pangkalan ini juga berperanan dan bertanggungjawab di dalam menguruskan asset seperti lapangan terbang dan lain-lain kemudahan prasarana, pentadbiran, bantuan logistic, bantuan senggaraan peralatan teknikal dan kenderaan.

Selaras dengan pembanggunan PU Gong Kedak dan penempatan pesawat pejuang Sukhoi SU-3O MKM, penyusunan semula perjawatan PU Gong Kedak telah diluluskan melalui Waran Perjawatan Bilangan K65 Tahun 2007 bertarikh 5 Jun 2007 dan berkuatkuasa mulai 1 Jun 2007. Jumlah keanggotaan yang telah diluluskan adalah seramai 984 orang anggota.

Pengoperasian pesawat Sukhoi SU-30 MKM di PU Gong Kedak ini juga melibatkan perpindahan skuadron penerbangan iaitu No 11 Skn yang beroperasi di PU Butterworth ke PU Gong Kedak. No 11 Skn pada asal penubuhannya di PU Butterworth hanya mengoperasi pesawat pejuang RF-5E untuk tugas peninjauan dan pesawat F-5B untuk latihan peralihan bagi juruterbang pejuang. Seiring dengan pertukaran jenis pesawat dan peranan yang akan dilaksanakan oleh No 11 Skn, pengstrukturan organisasi dan pertambahan bilangan keanggotaan skn ini juga telah diluluskan dan berkuatkuasa mulai 1 Jun 2007 dan mula beroperasi di PU Gong Kedak pada tarikh yang sama. Kini, PU Gong Kedak telah mula menerima pesawat Sukhoi SU-30 MKM secara berperingkat di mana pesawat pertama telah diterima pada bulan Julai 2007.

 

facebook twitter qrcode
rss youtube3
SEJARAH TUDM VISI & MISI PEMERINTAH PERANAN TUDM
sejarahtudm visimisi pemerintah peranan