19 Jul 12 : Majlis Penutup Kejohanan Karnival Sukan Antara Perkhidmatan ATM

KUALA LUMPUR, 19 Jul 12 – Karnival Sukan Antara Perkhidmatan ATM anjuran TUDM telah berlangsung pada 15 hingga 19 Julai 12 di Pangkalan Udara Kuala Lumpur.  Sebanyak empat jenis sukan dipertandingkan iaitu Pentanque, Kriket, Ragbi dan Bola Keranjang. TUDM muncul Johan tiga daripada empat jenis sukan dan menjadikan TUDM juara keseluruhan dalam karnival sukan tahun ini. Dalam sukan Pentanque, TUDM muncul juara menewaskan pasukan TLDM, sukan Kriket (L) menewaskan pasukan TLDM manakala sukan Ragbi menewaskan pasukan Tentera Darat dengan pungutan mata 18 – 15.  Panglima Tentera Udara telah sudi hadir untuk merasmikan acara penutup karnival sukan kali ini.  Turut hadir ialah Timbalan Panglima Tentera Udara, Panglima Operasi Udara dan panglima-panglima perkhidmatan serta pegawai-pegawai kanan ATM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>