18 Jun 13 : Majlis Penyampaian Insentif Khas Kecemerlangan Sukan

1.Majlis Penyampaian Insentif Khas 2.Majlis Penyampaian Insentif Khas 3.Majlis Penyampaian Insentif Khas 4.Majlis Penyampaian Insentif Khas

KUALA LUMPUR, 18 Jun 13 – Timbalan Panglima Tentera Udara, merangkap Pengerusi Lembaga Sukan TUDM, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Roslan bin Saad TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Insentif Khas Kecemerlangan Sukan kepada Pasukan Bola Sepak TUDM di Eagle Nest, Markas Tentera Udara pada pagi tadi. Insentif tersebut telah diterima oleh Pengurus Pasukan Bola Sepak TUDM, Lt Kol Kamaruddin TUDM. Turut hadir menyaksikan penyampaian insentif ini ialah Penasihat Sukan Bola Sepak TUDM, Brig Jen Dato’ Hj Mazlan bin Abas TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM. Penyampaian insentif tersebut merupakan penghargaan kepada Pasukan Bola Sepak TUDM setelah muncul Juara dalam pertandingan Bolasepak Antara Perkhidmatan ATM 2013 apabila TUDM berjaya mengalahkan Pasukan Tentera Darat di pertandingan akhir yang diadakan di Pangkalan TLDM Lumut, Perak. Pencapaian tersebut amat membanggakan kerana kali terakhir pasukan TUDM muncul juara ialah pada tahun 2005.

 

//