BUTTERWORTH, 17 Jul 2012 – YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM, Panglima Tentera Udara telah mengadakan lawatan tahunan ke PU Butterworth. Ketibaan beliau disambut oleh Komander Pangkalan PU Butterworth iaitu Brig Jen Mohd Sabre bin Hj Hussein TUDM serta semua Eksekutif Pangkalan di hadapan Bangunan Pergerakan Udara. Seterusnya, Panglima Tentera Udara serta rombongan bergerak ke Bilik Mesyuarat Pangkalan untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Komander Pangkalan. Selesai sesi taklimat, Panglima Tentera Udara telah merasmikan Bangunan “Approach Room” bertempat di Cawang Operasi. Pada sebelah petang pula, Panglima Tentera Udara mengadakan Majlis Dialog bersama NCO di Dewan SETIA dan membuat lawatan ke No. 18 Skuadron, NO. 15 Skuadron, No. 3 Skuadron dan No. 12 Skuadron. Semasa melawat ke skuadron Panglima Tentera Udara turut diberi “walking brief “ oleh Pegawai Memerintah tiap-tiap Skuadron.








