MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN SAYAP PENERBANGAN KUARTERMASTER UDARA TAHUN 2012
Satu Majlis Penyampaian Sijil dan Sayap Penerbangan Kuartermaster Udara Tahun 2012 telah diadakan di Dewan Ababil, Pangkalan Udara Subang pada 16 Jul 2012. Majlis Penyampaian Sijil dan Sayap Penerbangan telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’Sri Rodzali bin Daud TUDM.
Seramai 16 anggota TUDM, 5 anggota TLDM dan 5 anggota Unit Udara Bomba telah berjaya menamatkan latihan didalam Kursus Kuartermaster Udara Siri 42/2011 dan seterusnya melayakkan mereka dianugerahkan Sayap Penerbangan Kuartermaster Udara.
Anggota-anggota ini telah memulakan latihan dengan Fasa Akademik iaitu Kursus Ilmu Penerbangan di Pusat Latihan Terbang 2 (PULATIBANG 2), Kolej Tentera Udara, Alor Setar selama 6 bulan. Setelah tamat fasa ini, mereka kemudiannya meneruskan latihan dengan Fasa Penerbangan di Pusat Latihan Terbang Taktikal (Pesawat Angkut) No 1 Skuadron bagi pelatih-pelatih Sayap Kaku (fixed wing) dan Pusat Latihan Terbang Taktikal (Heli) No 3 Skuadron bagi pelatih-pelatih helikopter (rotor wing).
Pelatih Terbaik bagi Kategori Sayap Kaku (fix wing) adalah Sjn U Mohd Noh bin Zakaria manakala Pelatih Terbaik bagi Kategori Helikopter (rotor wing) adalah Sjn U Muhammad Khairi bin Abd Rahman.






