KUALA LUMPUR, 15 Ogos 12 – Satu Upacara Serah Terima Tugas Pengarah Operasi telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Markas Operasi Udara hari ini. Upacara serah terima tugas tersebut di antara YBhg Kol Hj Yazid bin Arshad TUDM yang akan berkursus di Indonesia mulai 1 Sept 12 dan YBhg Kol Zahani bin Zainal Abidin TUDM merupakan PS 1 OPUD sebelum ini.
Majlis tersebut dimulakan dengan upacara menandatangani buku serah terima tugas yang disaksikan oleh YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abd Samad TUDM, Panglima Operasi Udara dan diakhiri dengan bacaan doa bagi memberkati majlis.


