15 Ogos 12 : Majlis Penyerahan Wakaf Al-Quran

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 12 – Satu Majlis Penyerahan Wakaf Al-Quran telah diadakan di Pejabat Panglima Tentera Udara. Upacara penyerahan dilakukan oleh Pengerusi Central Management Catalogue Agency Sdn Bhd (CMCA), YBhg Laksamana Tan Sri Dato’ Seri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor TLDM (Bersara) yang juga merupakan Mantan Panglima Angkatan Tentera, kepada Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM.

Seterusnya, pada majlis itu juga YBhg Panglima menyerahkan Al-Quran tersebut kepada Komander Pangkalan PU Kuala Lumpur, Kol Dzulkarnain bin Hj Ahmad TUDM dan Pegawai Agama Pangkalan untuk diletak dan digunakan di Masjid Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>