BUTTERWORTH, 12 Jul 2012- YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Panglima Operasi Udara telah mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Butterworth. Ketibaan beliau disambut oleh Komander Pangkalan iaitu Brig Jen Mohd Sabre bin Hj Hussein TUDM serta semua pegawai eksekutif pangkalan di hadapan Bangunan Pergerakan Udara. Seterusnya Panglima Operasi Udara telah diberi taklimat oleh Komander Pangkalan di bilik mesyuarat pangkalan. Selesai sahaja taklimat, satu majlis dialog bersama anggota LLP diadakan bertempat di Dewan Setia. Pada sebelah petang pula, Panglima Operasi Udara turut melawat ke No 18 Skuadron, No 15 Skuadron, No 3 Skuadron dan No 12 Skuadron dan diberi “walking brief “ oleh Pegawai Memerintah Skuadron.




